Sunday, November 28, 2010

Read Quran in Uthmani Script Online

Read Quran in Uthmani Script Online

Membina Tutorial Pembelajaran

Tugasan ini merupakan tajuk 5 yang mengkehendaki kami membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.Walaupun susah tetapi seronok kerana banyak ilmu yang kami perolehi ketika menghasilkan Power Point tersebut.  Terima kasih kepada Encik Mohd Taufik kerana sabar mengajar dan melayan kami mahasitua yang otaknya dah hampir beku ni....tapi dalam kelas kami tu ada yang cair dah dengan benda-benda tu.. semoga apa yang dah pelajari ni dapat kita aplikasikan di sekolah nanti, lnsyaAllah...

Tajuk 15

Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
  • Mengadakan seminar
  • Mengadakan pameran

Tajuk 14

Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu
  • Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
  • Memilih cakera padat pembelajaran Bahasa Melayu
  • Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

Tajuk 13

Mereka Cipta Animasi ddlam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
  • Menggunakan animasi perkataan dan objek Power Point
  • Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada internet
  • Memanipulasi animasi dalam persembahan

Tajuk 12

Menggunankan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
  • Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
  • Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu denan menggunakan alat pengarangan

Tajuk 11

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
  • Konferesi secara dalam talian
  • Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis

Tajuk 10

Membina Bahan Video dan Audio untuk Pengajaran dan Kemahiran Bahasa Melayu
  • Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
  • Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
  • Membina bahan video dan audio
  • Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar, bertutur dan menulis 

Tajuk 9

Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian menjadi brosher, news letter dan kad pengumuman
  • Prosuder pengeditan
  • Prinsip pengeditan
  • Melaksanakan pengeditan
  • Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa

Tajuk 8

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
  • Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian
  • Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran

Tajuk 7

Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran
  • Membina bahan

Tajuk 6

Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
  • Struktur Linear
  • Struktur Rangkaian

Tajuk 5

Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  • Prosuder pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosuder pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran

Tajuk 4

Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahas Melayu 
  • Memilih bahan sastera
  • Memilih bahan tatabahasa
  • Memilih bahan bidang ilmu lain

Tajuk 3

Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
  • Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
  • Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosher dan Power Point

Tajuk 2

Menggunakan Internet,Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio,video,grafik dan teks
  • Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa

Tajuk 1

  • Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
  • Menggunakan web,vidoe, audio dan imej
  • Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran Bahasa Melayu
  • Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet

Tuesday, November 23, 2010

Tugasan BMM3105

Dalam BMM3105, peserta kursus dikehendaki menyediakan 15 folder yang mengandungi beberapa bahan untuk digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Berbagai-bagai bahan yang perlu dimasukkan bermula Tajuk 1 hingga Tajuk 15. Sebahagain daripada bahan yang perlu ada dalam tajuk-tajuk yang disediakan adalah alamat laman web, video, audio,bahan tatabahasa dan sastera yang boleh digunakan dalam P&P nanti.
Yang menariknya bahan yang telah dicari contohnya dalam fail internet membolehkan kita membuka laman web tersebut tanpa menggunakan talian internet. Ini merupakan satu perkara baru bagi kami.  Mungkin bagi bagi sesetengah orang perkara ini sudah biasa, tetapi bagi kami terutamanya guru-guru yang sudah mengajar lebih 15 tahun...perkara ini sangat memberi manfaat kepada kami...semoga apa yang dipelajari dan didapati di sini dapat digunakan sebaik mungkin ketika balik ke sekolah masing-masing nanti..lnsyaAllah.

Belajar Membina Blog

Hari ini saya belajar membina blog bersama-sama rakan-rakan sekuliah PGSR Bahasa Melayu...macam-macam masalah yang terjadi..tapi semua itu menjadikan kami lebih berpengalaman untuk membina laman blog sendiri...yang berjaya, seronok...tapi yang belum berjaya jangan putus asa..cuba dan cuba lagi....
Selamat berblogging....